Monday, April 5, 2010

Salam Kali Pertama dari meja Unit Sukan & Kebudayaan UNITEN

Salam

Kumpulan Kesenian Uniten telah bertapak sejak tahun 1999 dengan wujudnya Kumpulan Anak Seni Univesiti Tenaga Nasional. Di bawah Unit Hal Ehwal Pelajar , kumpulan ini mula membuat persembahan di peringkat universiti serta mewakili UNITEN ke program-program jemputan .

Dibawah Kumpulan Anak Seni Universiti Tenaga Nasional ini, dipecahkan kepada beberapa kumpulan seni kecil iaitu Kumpulan Muzik Gamelan, Kumpulan Teater, Kumpulan Tarian, Kumpulan Kompang dan Kumpulan Mzik Moden.

Tahun seterusnya terdapat beberapa kumpulan kebudayaan wujud seperti Persatuan Kebudayaan Cina dan Persatuan Kebudayaan India maka Kumpulan Anak Seni Uniten diktiraf sebagai Kumpulan Kesenian yang mewakili Kebudayaan Melayu dan Nusantara.

Pada tahun 2009, Kumpulan-Kumpulan Kebudayaan dan Kesenian ini disatukan dalam beberapa siri persembahan mewakili UNITEN seperti Festival Seni Uniten, Festival Colours of the World UTP, Karnival Sukan MASISWA 2009 serta Persembahan Majlis Hari Raya UNITEN. Namun pada masa yang sama, Kumpulan-kumpulan kebudayaan  ini tetap bergerak dengan program mereka sendiri.

Penjanamaan semula dilakukan agar konsep 1 Malaysia  dapat diadaptasikan dalam penglibatan mahasiswa dan mahasiswi Uniten untuk memeriahkan aktiviti dan program Kebudayaan dan seni persembahan. Penjenamaan ini dilaksanakan agar dapat menarik minat pelajar untuk menyertai walaupun tidak menjadi ahli mana-mana kumpulan atau persatuan kebudayaan yang disebutkan di atas. Ia juga adalah sebagai sokongan terhadap sistem SCORUN dengan menyediakan lebih banyak aktiviti dan program bagi kategori Kebudayaan dan Kesenian.

Mulai 2009, GEMA UNITEN (Gabungan Estetika Mahasiswa) Uniten telah pun dilahirkan dan bergerak secara aktif dibawah Unit Sukan & Kebudayaan, Pusat Hal Ehwal Pelajar dengan terdiri daripada :

1. GEMATari (Tarian)
2. GEMAGamelan ( Muzik Gamelan )
3. GEMARitma (Kumpulan Muzik )

Menjadi harapan agar ia akan dapat dikembangkan lagi dengan elemen seni persembahan yang lain.
Sebagai ahli GEMA UNITEN, tanggungjawab utama adalah membawa nama baik serta imej UNITEN dalam memartabatkan seni dan budaya pelbagai kaum untuk menyokong hasrat 1 Malaysia.

No comments:

Post a Comment